Ahad, 4 September 2011

Gambar-gambar Terbaru - Kompleks Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman


 GAMBAR 1
Kompleks Kediaman Guru dan Kantin Baru Madrasah.
Kedua-duanya terletak di belakang Masjid Tahfiz Al-Aman.
(Pembinaan dijangka tamat sekitar Oktober 2011)



GAMBAR 2
Tempat Wudhu Utama Masjid Tahfiz Al-Aman
(Pembinaan dijangka tamat sekitar Oktober 2011)
 

 


GAMBAR 3
Tapak Asrama Tambahan Besar Baru 100 Pelajar.
Terletak betul-betul di belakang asrama sekarang.



GAMBAR 4
Pemandangan Panorama:
(dari kiri ke kanan)
Rumah Tuan Penyelia, Kantin Baru, Masjid Madrasah dan Asrama Pelajar.
Kesemuanya terletak dalam kawasan berhampiran.





 GAMBAR 5
Pemandangan Panorama:
Ruang Solat Dalam Masjid Tahfiz Al-Aman



 
GAMBAR 6
Pemandangan Sisi:
Kubah & Pintu Masuk Masjid Tahfiz Al-Aman


  GAMBAR 7
Pemandangan Hadapan Arah Qiblat:
Kubah & Pintu Masuk Masjid Tahfiz Al-Aman




GAMBAR 8
Pemandangan Sisi:
Ruang Solat Masjid Tahfiz Al-Aman

 
 
GAMBAR 9
Pemandangan Sisi:
Tempat Solat Imam dan Mehrab Masjid Tahfiz Al-Aman



GAMBAR 10
Pemandangan Hadapan Arah Qiblat:
Tempat Solat Imam dan Mehrab Masjid Tahfiz Al-Aman



GAMBAR 11
Pemandangan Panorama:
(dari kiri ke kanan)
 Rumah Penyelia ((kecil), Masjid Tahfiz Al-Aman, Jalan Utama, Pejabat Guru, Asrama Madrasah

Selasa, 30 Ogos 2011

Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman - Informasi Terkini

(Maklumat terbaru ini dkemaskini pada Eid-ul-Fitr - yakni: 1 Syawal 1432 bersamaan 30 Ogos 2011)

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Setinggi-tinggi syukur dan puji buat Allah Subhaanu Wa Ta'ala.

Salawat kami ke atas junjungan kita: Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam - setinggi-tinggi Rasul, penutup tirai buat segala Nabi.

Alhamdulillah, Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman sudahpun hampir setahun beroperasi dengan jayanya. Terdapat banyak perkembangan dan berita-berita yang baik; oleh yang demikian - wajarlah maklumat di blog ini dikemaskini dengan maklumat dan informasi yang terkini.

Masjid Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
Alhamdulillah, Masjid Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman yang boleh memuatkan lebih kurang 200 ahli jemaah telahpun siap pada bulan Mei lepas, dan pada hari ini, ianya digunakan buat pertama kalinya untuk Solat Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi syukur kami kepada Allah Ta'ala.

Tenaga Pentadbiran dan Pengajar
Berikut adalah senarai tenaga pentadbiran dan pengajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman:

Jawatan
Nama
Asal
Mudir Madrasah
Ustaz Fadly Hisyam Bin Mat Jun
Pasir Mas, Kelantan
Guru Hafazan Al-Qur’an - I
Ustaz Yusuf
Yala, Thailand
Guru Hafazan Al-Qur’an - II
Ustaz Qadir
Narathiwat, Thailand
Guru Pengajian Iqra Al-Qur'an
Ustaz Fadli
Jeli, Kelantan
Guru Pengajian Fardhu ‘Ain
Ustaz Hj Nawawi
Pasir Mas, Kelantan
Warden Asrama
TBA
TBA
Kebersihan dan Penyelenggaran
TBA
TBA
Makanan dan Hal Ehwal Harian
Puan Che Ana Binti Abdullah
Pasir Mas, Kelantan
Tukang Masak - I
TBA
TBA
Tukang Masak - II
TBA
TBA
Dobi
TBA
TBA

*TBA = Akan ditetapkan tidak lama lagi. Buat masa ini tanggungjawab-tanggungjawab tersebut dilaksanakan oleh Puan Che Ana Binti Abdullah dan Encik Mat Jun Bin Ismail.

Jadual Harian Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
Berikut adalah jadual harian semua pelajar di madrasah kami. Diharapkan maklumat di bawah ini memberi maklumat yang lebih menyeluruh tentang kehidupan harian para pelajar kami.

Waktu (Anggaran)
Lokasi
Aktiviti
5:30 am
Asrama Pelajar
Bangun Tidur
6:00 am
Masjid Madrasah
Solat Subuh Berjemaah
6:30 am
Masjid Madrasah
Pengajian Tahfiz & Al-Qur’an – Sesi Awal Pagi
8:00 am
Kantin /
Lot 111 Kg Bakong
Sarapan Pagi
9:00 am
Masjid Madrasah
Pengajian Tahfiz & Al-Qur’an – Sesi Akhir Pagi
11:30 am
Asrama Pelajar
Rehat Tengahari
1:30 pm
Masjid Madrasah
Solat Zuhur Berjemaah
1:50 pm
Kantin /
Lot 111 Kg Bakong
Makan Tengahari
2:15 pm
Masjid Madrasah
Pengajian Tahfiz & Al-Qur’an – Sesi Petang
4:40 pm
Masjid Madrasah
Solat Asar Berjemaah
5:00 pm
Kawasan Madrasah
Waktu Rehat / Riadah
7:15 pm
Masjid Madrasah
Solat Maghrib Berjemaah
7:30 pm
Masjid Madrasah
Pengajian Tahfiz & Al-Qur’an – Sesi Awal Malam
8:30 pm
Masjid Madrasah
Solat Isyak Berjemaah
9:00 pm
Masjid Madrasah
Pengajian Tahfiz & Al-Qur’an – Sesi Akhir Malam
10:00 pm
Kantin /
Lot 111 Kg Bakong
Makan Malam
10:30 pm
Asrama Pelajar
Lampu Tutup (Tidur)

Menu Makan Harian Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
Jenis makanan yang dihidangkan setiap hari dipastikan agar ianya berzat dan bersesuaian buat para pelajar Tahfiz kami. Jenis juadah yang dihidangkan juga ditukar-tukar agar para pelajar akan berselera dan santap dengan baik.

Berikut adalah senarai jenis-jenis juadah yang disediakan untuk para pelajar kami.

Masa
Menu Kitaran
Sarapan Pagi
Nasi kerabu, mee goreng, nasi goreng, nasi lemak, milo, teh.
Makan Tengahari
Nasi putih, gulai ayam, gulai daging, ayam masak merah/pedas, ikan masak merah/pedas, sup ayam, tomyam, paprik, ayam masak pepek, singgang daging, singgang ikan, mee sup, mee bandung.
Makan Malam
Nasi putih, gulai ayam, gulai daging, ayam masak merah/pedas, ikan masak merah/pedas, sup ayam, tomyam, paprik, ayam masak pepek, singgang daging, singgang ikan, mee sup, mee bandung; burger ayam, burger daging, nasi goreng, bihun goreng, telur dadar.

Uniform Pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
(Berikut adalah senarai minima yang disyorkan.)
 1. Jubah putih / kurta panjang putih x 2 helai
 2. Kopiah putih x 2 set
 3. Kain serban putih x 2 helai
 4. Kain sarung / seluar pengajian x 2 helai
 5. Baju t-shirt untuk masa rehat (pastikan ianya tidak bergambar) x 3
 6. Seluar untuk masa rehat x 3
 7. Kain cadar katil persendirian x 2
 8. Bantal x 1
 9. Sarung bantal x 1
10. Tuala x 2
11. Selipar x 1
12. Kasut Sukan x 1
13. Keperluan tandas (toiletries) - berus gigi, ubat gigi/siwak/sugi, syampu, sabun mandi, sabun basuh, berus, baldi, gayung, penyangkut pakaian (hanger) - dan lain-lain perkara yang dianggap dapat mempermudahkan suasana pembelajaran di madrasah.

Yuran dan Bayaran Belajar di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
1. RM50 - Yuran Pendaftaran (dibayar sekali sahaja)
2. RM100 - Makan/Minum (bulanan)
3. RM10 - Khidmat Basuh Baju (Dobi) - Tanpa Gosok (baju-baju diambil seminggu sekali)
4. RM20 - Khidmat Basuh Baju (Dobi) - Dengan Gosok (baju-baju diambil seminggu sekali)

Bilakah Seseorang Pelajar Boleh Memasuki Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman?
Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman mengamalkan sistem tradisional pondok Nusantara - di mana seseorang pelajar itu boleh menyertai madrasah pada bila-bila masa sahaja. Tidak seperti di pusat pengajian Islami lain yang perlu menurut waktu dan musim pendaftaran yang sama (contohnya: awal Januari ataupun selepas Cuti Aidilfitri) - Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman akan menerima mana-mana pelajar pada waktu yang diingininya, asalkan pelajar itu mempunyai keinginan untuk belajar, ketekunan dan kesabaran dalam menghafal Al-Qur'an.

Contohnya: seseorang pelajar boleh membaca blog ini pada hari ini - lantas keinginannya dikongsikan bersama ibu bapanya - lantas keesokan harinya (ataupun pada hari yang sama juga), mereka terus boleh mempersediakan segala keperluan dan menghantar anak mereka ke Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman. Pihak kami akan menerima pelajar tersebut, dan juga mana-mana pelajar lain, dengan tangan yang terbuka.

Jangkaan Umur Kemasukan Pelajar
Pemerhatian pihak ilmuan Islam dan Ulama menyimpulkan bahawa wujudnya lingkungan umur yang sesuai untuk menghafal Al-Qur'an. Oleh itu pihak kami mematuhi jangkaan tersebut, iaitu: hanya menerima seseorang pelajar:
1. paling muda umurnya semestinya 9 tahun (Darjah 3, Sekolah Rendah); ataupun
2. paling tua umurnya semestinya 16 tahun (Tingkatan 4, Sekolah Menengah)

Masa Depan Pelajar Tahfiz
Dilema, persoalan, ataupun risau bimbang yang sering sangat diketengahkan dan diulang-ulangi oleh pelajar mahupun para ibubapa ialah:

"Bagaimanakan masa depan aku/anak kita jika berkecimpung bertahun-tahun dalam menghafal Al-Qur'an? Bolehkah aku/anak kita cari makan nanti?"

Dalam menjawab soalan ini - perlu diketengahkan terlebih dahulu bahawa niat belajar perlu dibersihkan terlebih dahulu. Jika niat menghafal Al-Qur'an adalah untuk "cari makan" - maka ranap lah segala pahala dan usaha yang telah dikorbankan bertahun-tahun lamanya. Niat menghafal hendaklah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah Ta'ala; dan berkhidmat untuk menegakkan agama Islam di bumi Allah ini.

Walau bagaimanapun, atas dasar realitinya, sememangnya ramai pelajar mahupun ibubapa yang kurang tahu bahawa sebenarnya: para pelajar tahfiz mempunyai kerjaya yang hebat-hebat belaka. Misalan yang diberikan di bawah, InshaAllah akan memberi contoh yang mudah untuk difahami, InshaAllah:

Ahmad masuk mengaji hafazan Al-Qur'an di Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman ketika berusia 16 tahun (umur maksima), iaitu 'pelajar tua'.


3 tahun kemudian, InshaAllah pada usia 19 tahun, Ahmad sudahpun menjadi seorang Hafiz Al-Qur'an.


Pada umur itu, Ahmad keluarlah dari Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman: lantas mendaftarkan diri di mana-mana Pondok Moden yang sedia ada di Malaysia.


Tahun pertama di Pondok Moden, ketika berusia 19 tahun, Ahmad menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini adalah sijil asas untuk kerja dalam apa jua kerjaya di Malaysia.


Tahun kedua, ketika berusia 20 tahun, Ahmad menduduki Sijil Tinggi Ugama Pelajaran (STUP). Dengan sijil ini, Ahmad boleh mendaftar di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) untuk berkhidmat kepada Ummah sebagai Imam Besar Mukim ataupun mengajar agama bawah tauliah YIK.


Tahun ketiga, ketika berusia 21 tahun, Ahmad menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dengan ini, Ahmad memiliki satu sijil yang sama tarafnya dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Ahmad dengan ini - bolehlah mencari punca rezeki yang sesuainya baginya, ataupun jika mahu - terus sambung belajar di Pondok Moden ke tahun keempat.


Dari tahun keempat, kemudian tahun kelima, dan akhirnya tahun keenam di Pondok Moden - Ahmad terus mendalami bidang ilmu agama sambil membawa Al-Qur'an di dadanya sebagai seorang Hafiz Al-Qur'an. Lantas pada usia 24 tahun InshaAllah: Ahmad akan tamat pengajian di Pondok Moden dengan kelayakan Diploma.


Jika mahu lagi, Ahmad boleh terus menambah dua tahun lagi untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Degree) dari mana-mana universiti tempatan mahupun luar negeri: seperti di Mesir, Jordan, Syria, Indonesia, Arab Saudi dan sebagainya.


Oleh itu, contoh-contoh kerjaya seseorang Hafiz yang melalui sistem pendidikan hafiz tradisional adalah seperti berikut:


1. Pegawai Agama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
2. Pegawai Agama Yayasan Islam Kelantan (YIK)
3. Guru Agama Sekolah Rendah
4. Guru Agama Sekolah Menengah
5. Guru Agama Sekolah Arab
6. Tuan Imam Masjid Besar
7. Mufti / Penasihat Agama Kerajaan Negeri


...ataupun sememangnya yang paling hebat sekali: seorang peniaga bisnes bebas yang menjalankan Tijarat (Bisnes)nya sambil mengajar Fisabilillah. Tertib ini amatlah afdhal dan menjadi amalan para Ulama hebat seperti Imam Abu Hanifah Rahmatullahu 'Alaih dan seangkatan dengan beliau.


Waktu Cuti Pusat Pengajian Tahfiz Al-Aman
Cuti Dua Minggu Sekali
Hari Jumaat dan Sabtu.
(Lazimnya para pelajar akan berehat di asrama, pulang ke rumah ataupun bermain sukan ataupun rekreasi di kawasan asrama: seperti bermain ping-pong, sepak takraw, bolasepak dan sebagainya.)

Cuti Panjang Tahunan
Bermula 5 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Berakhir 5 hari selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pembangunan Infrastruktur Madrasah

Fasa
Perkembangan Infrastruktur
Masa Siap
1
Asrama Madrasah Hadapan (70 orang pelajar) & Pejabat
Oktober 2010
2a
Masjid Tahfiz Al-Aman (200 ahli jemaah)
Mei 2011
2b
Rumah Ustaz x 4 unit & Kantin
Oktober 2011 (jangkaan)
3
Asrama Besar 2 Tingkat (100 orang pelajar)
April 2012 (jangkaan)
4
Madrasah Banat (pelajar perempuan – 50 orang pelajar dan 2 Ustazah)
April 2012 (jangkaan)

Keterangan Lanjut
Sila hubungi nombor-nombor di bawah, dan rujuk kepada:

Mat Jun Ismail (013-9524948); dan
Ustaz Muhammad Fadly Hisyam - Tuan Mudir Madrasah (013-9409100).

Jumaat, 31 Disember 2010

Perasmian Pusat Tahfiz Al-Aman

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji buat Allah Ta'ala' dan Salawat kami ke atas Nabi Muhammad SAW.

Dengan limpah kurnia Allah Ta'ala, Alhamdulillah - pada hari ini: 26 Muharram 1432 H, bersamaan 1 January 2011 - Madrasah Al-Aman telah pun dirasmikan pembukaannya.

Seramai 28 pelajar telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai kursus penghafalan Al-Qur'an berasrama penuh di sini.



GAMBAR-GAMBAR  
Madrasah Pengajian Utama (Fasa 1)
(Fasa 2 & 3 akan disiapkan tahun 2011 juga InshaAllah demi menempatkan lebih ramai lagi pelajar.)



Ruang Pengajian Utama
(Pandangan Menghala ke Utrara)



Ruang Pengajian Utama
(Pandangan Menghala ke Selatan)




Ruang Kolam Wudhu, Kawasan Mandi dan Tandas




Kawasan Verandah dan Tangga ke Tingkat Atas




Ruang Tidur Para Pelajar di Tingkat Atas
(Pemandangan Panoramik 360 Darjah)



Bangunan Pejabat Pentadbiran




FASA-FASA

Fasa Pertama: Madarasah Utama & Pejabat Pentadbiran
Fasa Kedua: Asrama dan Rumah Guru (Siap Jun 2011, InshaAllah)
Fasa Ketiga: Surau dan Kantin (Siap Jun 2011, InshaAllah)


TARIKH KEMASUKAN TAHUNAN

1 Januari dan 15 Jun - setiap tahun.


SYARAT KEMASUKAN

Rakyat Malaysia.
Sudahpun menamatkan UPSR (Darjah 6).
Pelajar lebih muda dan lebih tua juga boleh dipertimbangkan.


YURAN

RM50 - Pendaftaran
RM100 - Bayaran Bulanan

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Hafalan Al-Qur'an
Tafsir Al-Qur'an (bermula Jun 2011)


TENAGA PENGAJAR

Para 'Aalim lulusan Madrasah Thailand (Pattani / Narathiwat) dan Malaysia.
2 orang guru bermula Januari 2011. 4 orang guru bermula Jun 2011.


WAKTU PENGAJIAN

5:00 - 7:30 pagi - Pengajian Waktu Fajr
7:30 - 8:30 pagi - Waktu Rehat Pagi
8:30 - 11:30 pagi - Pengajian Waktu Dhuha
11:30 pagi - 2:30 petang - Waktu Rehat Tengahari
2:30 - 4:30 petang - Pengajian Waktu Petang
4:30 - 7:00 petang - Waktu Rehat Petang
7:00 - 9:30 malam - Pengajian Waktu Malam


KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Katil, Selimut, Bantal, Tilam, Kipas & Lampu Elektrik, Air.
Makan 3 x Sehari: Pagi, Tengahari & Malam.


KETERANGAN LANJUT

Sila hubungi nombor-nombor di atas, dan rujuk kepada:
Mat Jun Ismail (013-9524948); dan
Ustaz Muhammad Fadly Hisyam - Tuan Mudir Madrasah (013-9409100).


PETA LOKASI